TANAH MERAH, 2 OGOS 2026 (AHAD) – Majlis Daerah Tanah Merah telah menganjurkan Solat Sunat Dhuha diikuti dengan Kuliah Dhuha yang disertai oleh para kakitangan Majlis bertempat di Masjid Ketua Jajahan Tanah Merah pagi ini.
Kuliah Dhuha pada siri kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ibrisam bin Jalaluddin, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah. Beliau telah menyampaikan pengisian bermakna bertajuk "Hak Muslim Ke Atas Muslim: Sebarkan Salam dan Kelebihan Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Fardu".
Antara intipati utama yang ditekankan oleh penceramah termasuklah menghayati amalan memberi salam sebagai hak sesama Muslim yang mampu memupuk kasih sayang, kedamaian dan persekitaran kerja yang harmoni.
Selain itu, beliau turut mengupas kelebihan dan ganjaran melaksanakan solat sunat sebelum (qabliyyah) dan selepas (ba'diyyah) solat fardu dalam menampung kekurangan amalan wajib serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan MDTM dalam membina modal insan yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Diharapkan agar ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian seterusnya meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat secara berintegriti.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#programsunatdhuha
#OGOS2026