Susulan Aduan Awam: MDTM Turun Padang Pantau Premis Tanpa Lesen Sah

21 April 2026 (SELASA)-Satu pemeriksaan susulan aduan awam telah dijalankan di lokasi Jalan Tanah Merah-Pasir Mas terhadap premis perniagaan yang berkonsepkan gym wanita yang beroperasi bersebelahan dengan Pusat Giatmara Tanah Merah.

Satu (01) notis amaran telah dikeluarkan diatas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen MDTM. Notis dikeluarkan bagi kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian MDTM(2019) UUK 3 Berniaga Tanpa Lesen.

Tuan punya premis berkenaan telah diarahkan oleh anggota penguatkuasa supaya hadir ke pejabat untuk membuat permohonan lesen perniagaan yang sah.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook