Taklimat Bijak Kewangan & Kaunter Promosi Produk Bsn Kepada Warga Kerja Majlis Daerah Tanah Merah

Tanah Merah, 12 Mac 2026 (Khamis) – Taklimat Bijak Kewangan dan Scammer serta Kaunter Promosi produk-produk Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada warga kerja Majlis Daerah Tanah Merah telah diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Tanah Merah.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Shamsul Baharin Bin Ab Rahman, Area Manager BSN Kelantan, yang berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kewangan secara bijak, kesedaran terhadap penipuan kewangan (scammer) serta memperkenalkan kemudahan dan produk terkini yang ditawarkan oleh pihak BSN kepada warga kerja Majlis Daerah Tanah Merah.

#MajlisDaerahTanahMerah
#MDTM
#BSN
#BijakKewangan
#kesedaranscammer

Lihat di Facebook