TANAH MERAH, 29 JANUARI 2026 (KHAMIS)-Taklimat Pasar & Bazar Ramadan MDTM 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran para peniaga serta bakal pengusaha sekitar Tanah Merah, bertujuan memastikan pengoperasian bazar Ramadan tahun 1447H / 2026M berjalan dengan lebih teratur dan lancar.
Sesi taklimat merangkumi pelesenan, kebersihan premis makanan, pematuhan perundangan, kesihatan awam serta kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless). Turut disediakan kaunter perkhidmatan termasuk pembaharuan lesen, bayaran cukai taksiran, aduan awam serta kaunter Klinik Kami Wakaf Baharu untuk suntikan typhoid kepada peniaga.
Taklimat telah disampaikan oleh wakil PPKP, KPDN, PKD Tanah Merah, Bank Muamalat dan PERKESO, bagi memberi pendedahan serta panduan yang jelas kepada para peniaga.
Program ini diharapkan dapat menjayakan Pasar dan Bazar Ramadan yang lebih bersih, tersusun dan selamat demi keselesaan semua pihak.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM
#TanahMerahBersihIndahCeria
#TaklimatPasarRamadan
#BazarRamadan2026
#Ramadan1447H
#cashlessbazar