Majlis Daerah Tanah Merah ingin menjemput semua peniaga dan bakal pengusaha Bazar & Pasar Ramadan untuk hadir ke sesi taklimat penyelarasan bagi tahun 1447H / 2026M. Sesi ini bertujuan memastikan operasi bazar tahun ini berjalan lancar dan sistematik.
🗓️Tarikh: 29 Januari 2026 (Khamis) / 10 Syaaban 1447H
🕗Masa: 8.30 Pagi – 1.00 Petang
📌Tempat: Dewan Dato’ Bentara Kanan, Pasar Besar Tanah Merah
Pihak MDTM turut menyediakan kaunter perkhidmatan bagi memudahkan urusan anda:
✅Pembaharuan Lesen Perniagaan
✅Bayaran Cukai Taksiran
✅Aduan Awam
Tahun ini MDTM menekankan tiga agenda utama bagi meningkatkan kualiti bazar kita:
💳 Cashless Bazar: Galakan penggunaan e-Wallet/QR Pay
🍃 Mesra Alam: Kempen pengurangan penggunaan beg plastik (Bawa beg kitar semula)
✨ Kebersihan Tahap Maksimum: Menjamin kualiti makanan dan persekitaran yang sihat.
Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan peniaga yang lain. Jumpa anda di sana!!
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM
#TanahMerahBersihIndahCeria
#TaklimatPasarRamadan #BazarRamadan2026 #Ramadan1447H #KelantankuBersih #CashlessBazar