Task Force 3.0 | Operasi Pemantauan Lesen dan Iklan

TANAH MERAH, 07 JULAI 2026 (SELASA) – Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di sekitar Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 7.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, 01 Notis Amaran dan 01 Tawaran Kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.

Butiran tindakan:

* 01 Notis Amaran – UUK 3 (Berniaga Tanpa Lesen)
* 01 Tawaran Kompaun – UUK 7(1) (Tidak Memperbaharui Lesen)

Majlis Daerah Tanah Merah menyeru semua peniaga agar sentiasa mematuhi syarat pelesenan serta memperbaharui lesen perniagaan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan
penguatkuasaan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#TaskForce30 #PelesenanPerniagaan #MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook