Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan, Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan operasi TASK FORCE 3.0: Penyelarasan Kadar Lesen dan Iklan di sekitar Jalan Pasir Mas pada 1 November 2026.
Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap syarat pelesenan serta penyelarasan kadar lesen dan iklan yang ditetapkan oleh pihak Majlis.
Hasil pemeriksaan, sebanyak empat (4) notis telah dikeluarkan kepada pihak yang terlibat atas ketidakpatuhan yang dikenal pasti.
MDTM akan terus mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan setiap aktiviti perniagaan mematuhi peraturan serta ketetapan yang berkuat kuasa.
#MDTM
#TaskForce30
#PenyelarasanKadarLesenDanIklan
#TanahMerahBersihIndahDanCeria