Task Force 3.0: Penyelarasan Kadar Lesen dan Iklan di Kawasan Kampung Batu 8

TANAH MERAH, 23 Jun 2026 (SELASA) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi Task Force 3.0 bagi penyelarasan kadar lesen dan iklan di sekitar kawasan Kampung Batu 8.

Operasi ini bertujuan memastikan semua peniaga mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Majlis, serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memiliki lesen perniagaan yang sah dan masih berkuat kuasa.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, satu (1) kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Tanah Merah) 2019 atas kesalahan gagal memperbaharui lesen perniagaan.

Majlis Daerah Tanah Merah akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang teratur, selamat dan berdaya saing.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#TaskForceMDTM #PelesenanMDTM #PenguatkuasaanMDTM #MajlisDaerahTanahMerah #tanahmerahbersihindahceria

Lihat di Facebook