Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan

TANAH MERAH, 03 Mei 2026 (Ahad) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi Task Force 3.0 di beberapa lokasi sekitar Batu Gajah, Pasar Besar Tanah Merah dan Bandar Baru Kota Harmoni.

Dalam operasi di Kampung Wakaf Sinen, sebanyak 2 Notis Amaran telah dikeluarkan atas kesalahan berniaga tanpa lesen, manakala 1 Tawaran Kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak memperbaharui lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.

Pihak Majlis ingin menasihatkan semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk memiliki lesen yang sah serta memperbaharuinya mengikut tempoh bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dan sitaan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#Penguatkuasaan
#Pelesenan

Lihat di Facebook