Task Force 3.0: Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di Kampung Batu 8

TANAH MERAH, 30 Jun 2026 (Selasa) – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di Kampung Batu 8 bagi memastikan aktiviti perniagaan mematuhi peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa.

Hasil operasi, satu (1) Notis Amaran dan dua (2) Tawaran Kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019, termasuk kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Majlis Daerah Tanah Merah mengingatkan semua peniaga agar sentiasa mendapatkan lesen perniagaan yang sah dan mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah #TaskForce30 #Penguatkuasaan #pelesenanperniagaan

Lihat di Facebook