Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di Kampung Batu 8

TANAH MERAH, 05 Julai 2026 (Ahad) – Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di sekitar Kampung Batu 8 sebagai sebahagian usaha pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan syarat pelesenan perniagaan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 1 Notis Amaran telah dikeluarkan bagi kesalahan berniaga tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019. Selain itu, 2 tawaran kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan tidak memperbaharui lesen mengikut peruntukan undang-undang kecil yang sama.

Majlis Daerah Tanah Merah mengingatkan semua peniaga agar sentiasa mematuhi syarat pelesenan serta memperbaharui lesen perniagaan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#TaskForceMDTM
#PelesenanPerniagaan
#Penguatkuasaan #MajlisDaerahTanahMerah

Lihat di Facebook