Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di Kg Batu 11

TANAH MERAH, 13 Mei 2026 (Rabu) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan operasi Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan di sekitar Kg Batu 11.

Operasi yang dilaksanakan hari ini bagi memastikan para peniaga mematuhi syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan oleh pihak majlis.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak lima (5) Notis Amaran dan satu (1) Tawaran Kompaun telah dikeluarkan di bawah kesalahan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019 berkaitan kesalahan berniaga tanpa lesen.

Pihak Majlis menyeru agar pemilik premis perniagaan yang telah dikenakan amaran dan kompaun hadir ke pejabat Majlis bagi memohon lesen secara sah.

#MajlisDaerahTanahMerah
#TaskForce
#PelesenanMDTM
#PenguatkuasaanMDTM
#TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook