TANAH MERAH, 08 JULAI 2026 (RABU)– Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan kerja-kerja mencuci longkang di sekitar belakang bangunan KFC dan Jalan Pisang Menggala.
Kerja pembersihan ini dijalankan berikutan keadaan longkang yang tersumbat akibat pengumpulan sampah, sisa minyak serta rumput yang memenuhi saluran. Keadaan tersebut telah mengganggu kelancaran aliran air dan berpotensi menyebabkan banjir kilat serta menjejaskan kebersihan kawasan sekitar.
Melalui operasi ini, semua halangan dalam saliran telah dibersihkan bagi memastikan aliran air kembali lancar, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan selesa untuk kegunaan orang ramai.
Majlis Daerah Tanah Merah menyeru orang ramai agar bersama-sama menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah, sisa makanan atau minyak ke dalam longkang. Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan sistem saliran sentiasa berada dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang halangan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM #TanahMerahBersihIndahCeria #TaskForceMDTM #JagaKebersihanBersama