TANAH MERAH, 27 OGOS 2026 (KHAMIS) - Program Tazkirah Agensi bersama JAHEAIK dan Satu Jam Bersama Al-Quran telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Tanah Merah.
Program kerohanian bulanan ini dimulakan dengan sesi bacaan Satu Jam Bersama Al-Quran yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shaipudin bin Mohd Zain, Imam Tua Masjid Mukim Belimbing dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan alunan sambungan surah Al-Baqarah secara beramai-ramai.
Progran kemudiaannya diteruskan dengan penyampaian tazkirah ringkas yang menekankan keagungan serta kekuasaan Allah SWT menerusi mukjizat Al-Quran. Pengisian ini bertujuan untuk memperkukuhkan nilai Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Iqtan (UMI) serta memantapkan integriti dalam kalangan kakitangan MDTM semasa menjalankan tugas harian.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#tazkirahbersamaagensi
#bulanogos2026
#MajlisDaerahTanahMerah