TANAH MERAH, 21 MEI 2026 (KHAMIS) – Unit Pembangunan Islam Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan Tazkirah Agensi bagi bulan Mei 2026 yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shaipuddin bin Md Zain, Imam Tua Masjid Ubudiyyah Mukim Belimbing.
Program dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 25 hingga 29. Dalam tazkirah tersebut, beliau turut menekankan kepentingan membaca al-Quran dengan betul dari segi makhraj serta sifat huruf bagi memastikan bacaan yang lebih tepat dan sempurna.
Selain itu, beliau juga mentadabbur ayat-ayat yang dibaca serta menyentuh isu keruntuhan rumah tangga dan ibadah qurban yang menuntut setiap individu memahami erti pengorbanan dalam kehidupan.
Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama kakitangan majlis.
#BahagianPembangunanIslam
#MajlisDaerahTanahMerah
#tazkirahagensi