TANAH MERAH, 18 JUN 2026 (KHAMIS) – Unit Pembangunan Islam Majlis Daerah Tanah Merah telah mengambil langkah positif dalam usaha memperkukuhkan jati diri dan nilai kerohanian kakitangan Majlis dengan menganjurkan program Tazkirah Bersama Agensi Dan 1 Jam Bersama Al-Quran pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Tanah Merah.
Program dimulakan dengan sesi bacaan al-Quran dan tadabbur bagi Surah Al-Baqarah Ayat 30 hingga 36 telah dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shaipudin bin Md Zain, Imam Tua Masjid Ubudiyyah Mukim Belimbing.
Dalam slot tazkirah yang disampaikan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Shaipudin bin Md Zain telah menyentuh dua perkara utama yang amat signifikan kepada masyarakat masa kini. Beliau menekankan kepentingan menghargai masa serta mengingati hakikat kematian sebagai pedoman dalam melaksanakan amanah pekerjaan. Selain itu, beliau turut menyentuh secara mendalam mengenai isu institusi kekeluargaan, khususnya cabaran yang dihadapi oleh pasangan muda yang membawa kepada peningkatan kes penceraian.
Pihak pengurusan MDTM berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi memastikan kesejahteraan rohani kakitangan sentiasa terjaga, sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.
#MajlisDaerahTanahMerah
#unitpembangunanislam
#tazkirahbersamaagensi
#1jambersamaquran