TANAH MERAH, 23 JULAI 2026 (KHAMIS) - Majlis Daerah Tanah Merah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pembayar cukai yang telah hadir melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Madrasah Perumahan Kusial atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan perkhidmatan kaunter bergerak Cukai Taksiran MDTM pada hari ini. Semoga usaha bersama ini terus memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan masyarakat setempat.