TANAH MERAH, 4 MAC 2025 (RABU) – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan satu operasi pemantauan dan tindakan susulan di kawasan Pasar Borong selepas menerima aduan orang awam berhubung gerai/struktur sementara yang didapati menghalang pandangan serta boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat peniaga yang menjalankan perniagaan di bahu jalan sehingga menutup jarak penglihatan kenderaan keluar masuk kawasan tersebut. Tindakan teguran dan nasihat telah diberikan supaya peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan serta tidak menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi yang boleh membahayakan orang awam.
Majlis sentiasa komited memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas terjamin. Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan boleh menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi Majlis untuk tindakan lanjut.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#Penguatkuasaan #MajlisDaerahTanahMerah #KeselamatanJalanRaya