Tindakan Susulan Aduan Awam di Jalan Klinik

TANAH MERAH – Majlis Daerah Tanah Merah melalui Bahagian Kejuruteraan telah melaksanakan tindakan susulan bagi aduan awam di sekitar Jalan Klinik.

Antara kerja-kerja yang telah diselesaikan adalah pemasangan penutup longkang bagi memastikan keselamatan dan keselesaan orang awam.

Pihak Majlis sentiasa komited dalam memastikan setiap aduan diberi perhatian dan tindakan sewajarnya demi kesejahteraan penduduk setempat.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan aduan.

#AduanAwam #TindakanSusulan #MDTM #TanahMerah

Lihat di Facebook