Tanah Merah, 12 April 2026 – Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja mesin rumput di kawasan sekitar Bangunan SWC di Bandar Tanah Merah susulan aduan yang diterima daripada orang awam.
Tindakan ini diambil bagi memastikan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih, terurus dan selamat, di samping mengelakkan sebarang risiko seperti pembiakan haiwan berbisa serta gangguan kepada persekitaran.
Majlis mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang awam dalam menyalurkan aduan dan akan terus komited mengambil tindakan sewajarnya dari semasa ke semasa.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #TindakanAduan #TanahMerahBersih