Tindakan Susulan Aduan Penjajaan di Bahu Jalan

TANAH MERAH, 29 MAC 2026 (AHAD) – Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah mengambil tindakan susulan terhadap aduan orang awam berkaitan aktiviti penjajaan di bahu jalan di persimpangan keluar masuk Taman Bukit Merah, Kampung Chawas.

Satu notis di bawah Seksyen 82 telah dikeluarkan bagi mengkehendaki kacau ganggu dihapuskan serta meminta penjaja terlibat berpindah ke lokasi yang lebih sesuai.

Tindakan ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran lalu lintas di kawasan tersebut.

Orang ramai dimohon memberi kerjasama dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

#Penguatkuasaan #MajlisDaerahTanahMerah #TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook