Unit Landskap MDTM Laksana Kerja Penyelenggaraan di Sempadan Pasir Mas–tanah Merah dan Taman Sinaran

TANAH MERAH, 5 Januari 2026 (ISNIN) - Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara menyeluruh di kawasan sempadan Pasir Mas–Tanah Merah serta di Taman Sinaran bagi memastikan kedua-dua lokasi tersebut sentiasa bersih, indah dan ceria untuk kegunaan orang awam.

Antara kerja-kerja yang dilaksanakan termasuklah memotong rumput menggunakan mesin, mencabut rumput di dalam pasu, kerja trim pokok serta menggantikan pokok bunga baharu bagi menceriakan kawasan tersebut.

Di Taman Sinaran pula, kerja-kerja kebersihan turut dijalankan secara menyeluruh melibatkan pembersihan kawasan sekitar, mencabut rumput di dalam pasu serta mengutip sampah yang dibuang oleh orang awam.

Usaha berterusan ini adalah sebahagian daripada komitmen MDTM untuk memastikan kawasan awam di bawah seliaan Majlis sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan ceria untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

MDTM juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan awam dan tidak membuang sampah merata-rata bagi membantu usaha pihak majlis dalam menjaga keindahan persekitaran.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#UnitLandskapMDTM
#KerjaBerkala
#TamanSinaran

Lihat di Facebook