Unit Landskap MDTM Laksanakan Kerja-kerja Pemotongan dan Pemangkasan Pokok di Sepanjang Jalan Hadapan Kolej Vokasional Tanah Merah

TANAH MERAH, 06 MEI 2026 (RABU) – Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja pemotongan dan pemangkasan pokok di sepanjang jalan hadapan Kolej Vokasional Tanah Merah hari ini.

Kerja ini dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan risiko pokok tumbang atau dahan patah yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya khususnya pelajar ketika cuaca buruk atau angin kencang.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook