TANAH MERAH, 7 SEPTEMBER 2026 (ISNIN) – Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual di beberapa lokasi sekitar daerah Tanah Merah bagi memastikan persekitaran kawasan awam sentiasa bersih, indah dan ceria untuk kegunaan orang ramai.
Antara lokasi dan skop kerja penyelenggaraan yang telah dijalankan meliputi kerja-kerja pemotongan rumput dan tumbuhan menjalar di sepanjang laluan pejalan kaki serta aktiviti meracun rumput di kawasan Taman Guillemard View@Kusial.
Seterusnya, kawasan Air Terjun Lata Hujan turut dilaksanakan kerja-kerja kutipan sampah sarap, pemotongan rumput serta semburan racun manakala di kawasan Ghertak Cabe pula kerja-kerja memangkas pokok buluh hiasan turut dijalankan oleh Unit Landskap MDTM.
Kerja-kerja pemotongan serta pembersihan batang pokok mati bagi mengelakkan risiko keselamatan kepada pengguna juga dilaksanakan berdekatan kawasan AKSB di Jalan Pechong / Jalan Pejabat Tanah.
Sehubungan dengan itu, MDTM menyeru agar penduduk Tanah Merah dan para pengunjung untuk bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga kebersihan serta menghargai kemudahan awam yang disediakan.
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#TANAHMERAHBERSIHINDAHDANCERIA