Unit Landskap MDTM Teruskan Usaha Pengindahan Landskap Bandar

TANAH MERAH, 8 JULAI 2026 (RABU) – Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan keceriaan landskap bandar serta kawasan awam di sekitar Taman Raudhah Pechong dan Barakah Walk pada hari ini.

Kerja-kerja yang dilaksanakan pada pagi ini meliputi pemotongan rumput, pemangkasan pokok renek, pembersihan kawasan landskap serta penanaman pokok hiasan bagi menceriakan persekitaran.

Sehubungan dengan itu, MDTM menyeru seluruh warga Tanah Merah agar bersama-sama memelihara kebersihan dan keindahan persekitaran dengan mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuang sampah merata-rata, menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan serta sentiasa menjaga kebersihan kawasan awam.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#UnitLandskapMDTM
#PengindahanLandskap
#tanahmerahbersihindahceria

Lihat di Facebook