TANAH MERAH, 24 MEI 2026 (AHAD) – Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengindahan kawasan Dataran Majlis Daerah Tanah Merah melibatkan aktiviti mengecat garisan tepi jalan (curb) dengan warna tema rasmi jajahan iaitu merah dan kuning.
Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan landskap turut dilaksanakan di kawasan taman rekreasi dengan kerja-kerja penjagaan pokok dan pembersihan laluan pejalan kaki bagi memastikan keselesaan para pengunjung.
Pihak MDTM menegaskan komitmen berterusan dalam melaksanakan program penyelenggaraan infrastruktur hijau dan pengindahan bandar secara berkala demi memastikan bandar Tanah Merah sentiasa bersih, indah dan ceria.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan