Unit Task Force MDTM Cuci Longkang Dalam Kawasan Bandar Tanah Merah

TANAH MERAH, 03 MEI 2026 (AHAD) – Suasana di sekitar bangunan KFC Bandar Tanah Merah nampak sedikit berbeza. Bukan sebab ada promosi ayam goreng terbaru tetapi kehadiran Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah yang "berperang" dengan sampah dan longkang tersumbat.

Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilakukan demi memastikan bandar kita bukan sahaja cantik dipandang tetapi juga selamat daripada ancaman penyakit.

Mungkin kita rasa "ah, longkang saja pun," tapi tahukah anda? Longkang yang tersumbat adalah 'hotel lima bintang' untuk nyamuk Aedes dan tikus membiak.

Satu puntung rokok atau satu plastik kecil mungkin nampak remeh tapi kalau seribu orang buat perkara sama, lama kelamaan longkang kita akan tersumbat.
​
Jom kita jadikan amalan menjaga kebersihan ini sebagai satu gaya hidup bukan sekadar tunggu pihak majlis datang cuci. Sama-sama kita pastikan Tanah Merah terus Bersih, Indah dan Ceria.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#TanahMerah
#MajlisDaerahTanahMerah
#UnitTaskForceMDTM #KebersihanTanggungjawabBersama #TanahMerahBersihIndahCeria

Lihat di Facebook