TANAH MERAH – Unit Taskforce Majlis Daerah Tanah Merah telah menjalankan operasi pembersihan longkang di sekitar kawasan Manal 1 baru-baru ini.
Kerja-kerja ini adalah sebahagian daripada pelan penyelenggaraan berkala bagi memastikan infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis berfungsi pada tahap terbaik.
Pihak Majlis memohon kerjasama berterusan daripada seluruh warga Manal 1 untuk bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran.
Komitmen MDTM adalah untuk memastikan persekitaran yang Bersih, Indah dan Ceria demi kesejahteraan semua penduduk.
#MajlisDaerahTanahMerah
#UnitTaskForceMDTM
#MencuciLongkang
#KebersihanPersekitaran
#TanahMerahBersihIndahCeria