TANAH MERAH, 4 FEBRUARI 2026 (RABU) – Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan meliputi pembersihan longkang dan pemotongan rumput di kawasan industri Jalan Pasir Mas - Tanah Merah.
Kerja-kerja penyelenggaraan ini telah bermula pada hari Ahad, 2 Februari 2026 dan berterusan sehingga hari ini bagi memastikan kesemua kawasan terlibat dapat diselenggara dengan baik.
Kerja-kerja penyelenggaraan berkala ini penting untuk mencegah masalah longkang tersumbat yang boleh menyebabkan banjir kilat, di samping meningkatkan imej dan keselesaan kawasan tersebut.
Orang ramai turut diharap dapat memainkan peranan dengan tidak membuang sampah merata-rata dan sentiasa menjaga kebersihan kawasan kediaman serta tempat awam.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#UnitTaskForceMDTM
#KerjaPenyelenggaraan
#KawasanIndustri
#MajlisDaerahTanahMerah