TANAH MERAH, 24 JUN 2026 (RABU) – Unit Task Force Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sistem saliran di sekitar Jalan Padang Guchil hari ini.
Operasi bersepadu ini memfokuskan kepada kerja-kerja membersihkan timbunan sampah sarap, mendapan lumpur serta pelbagai halangan yang dikesan boleh menyekat aliran air longkang tersebut.
Operasi ini melibatkan penggunaan jentera pengorek dan kakitangan Unit Taskforce bagi membersihkan dan mengorek laluan saliran tanah yang tersumbat bagi memastikan aliran air kembali lancar.
Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Daerah Tanah Merah amat menyeru dan memohon kerjasama orang ramai agar bersama-sama memelihara kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah ke dalam longkang. Kesedaran dan tanggungjawab bersama ini amat penting demi mewujudkan persekitaran daerah yang bersih, indah dan ceria.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah #TaskForceMDTM #PembersihanLongkang #tanahmerahbersihindahceria