KOTA BHARU, 14 FEBRUARI 2026 (SABTU) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana berkenan mencemar duli menyertai lebih 10,000 peserta dalam program Walkathon D’Raja: Walk With Me 2026 - In the Memory of Dato’ KY yang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Tahun 2026 merupakan kali ke-7 penganjuran Walk With Me dan penganjuran tahun ini juga sempena memperingati jasa dan bakti Al-Marhum YM Dato' Tengku Ibrahim Farihaddin bin Dato' Tengku Feissal, pengasas bersama KDYMM Sultan Muhammad V.
Turut hadir mengiringi baginda ialah YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan serta barisan pembesar negeri dan kepimpinan kerajaan negeri.
Majlis Daerah Tanah Merah turut menghantar peserta bagi menyertai program ini.