Ydp MDTM Santuni Kakitangan yang Ditimpa Musibah

​TANAH MERAH, 16 JULAI 2026 (KHAMIS) – Sebagai tanda keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan kakitangan, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin hari ini telah meluangkan masa menyantuni seorang kakitangan Majlis yang sedang dalam suasana berkabung.

​Kunjungan ziarah kasih tersebut bertujuan menziarahi Puan Nurulatuf binti Md Razali yang baru sahaja kehilangan suami tercinta. Dalam kesempatan tersebut, Tuan Yang Dipertua turut menyampaikan sumbangan peribadi dan sumbangan kewangan daripada pihak jabatan sebagai tanda ingatan serta bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga arwah.

​Turut hadir mengiringi beliau dalam kunjungan tersebut ialah Encik Che Khairul Azhan bin Che Ahmad (Penolong Pegawai Tadbir Kanan) serta Puan Sr Siti Nor Haswanie binti Omar (Pegawai Penilaian merangkap Pengerusi KSKMDTM).

​Pihak pengurusan MDTM mendoakan agar Puan Nurulatuf dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan semangat dalam menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Lihat di Facebook