Majlis Daerah Tanah Merah mempelawa kontraktor Bumiputera yang beralamat di Jajahan Tanah Merah serta berdaftar dengan Majlis Daerah Tanah Merah, CIDB, PPK, SPKK dan STB yang masih sah untuk menyertai Kerja-Kerja Undi bagi kerja penyenggaraan jalan di sekitar Tanah Merah.
Pendaftaran Kehadiran
- 29 Julai 2026 (Rabu), jam 9.00 pagi hingga 30 Julai 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari
- Jabatan Pembangunan & Kejuruteraan, Majlis Daerah Tanah Merah.
Tarikh Undian
- 3 Ogos 2026 (Isnin)
- Jam 12.00 tengah hari
- Bilik Mesyuarat Utama, MDTM
Proses undian akan disiarkan secara langsung melalui Facebook Majlis Daerah Tanah Merah.
Syarat-syarat Penyertaan
• Kontraktor hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Tahunan MDTM yang masih sah sehingga 28 Julai 2026, jam 12.00 tengah hari.
• Hanya penama atau pemilik syarikat dibenarkan menyertai proses undian.
• Sila bawa salinan Sijil PPK, SPKK dan STB yang masih sah untuk tujuan pengesahan.
• Kebenaran Khas (KK) CIDB tidak dibenarkan menyertai kerja undi.
• Kontraktor yang lewat mendaftar tidak akan dilayan.
• Kontraktor yang berjaya akan dimaklumkan melalui panggilan telefon.
Sila rujuk iklan rasmi yang dilampirkan untuk maklumat penuh mengenai senarai kerja undi, syarat penyertaan dan kategori yang ditetapkan.