Majlis Daerah Tanah Merah mempelawa kontraktor Bumiputera Gred G1 yang berdaftar dengan CIDB Negeri Kelantan, mempunyai PPK, SPKK, STB, berdaftar dengan Majlis Daerah Tanah Merah, serta memenuhi kategori dan pengkhususan yang ditetapkan untuk menyertai tawaran sebutharga bagi Kerja-Kerja Membina Satu (1) Unit Bina Baharu Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) melibatkan tujuh (7) projek.
Tempoh jualan dokumen:
📅 9 Julai 2026 (Khamis) hingga 15 Julai 2026 (Rabu)
Harga Dokumen Sebutharga: RM50.00 satu set (bayaran tunai).
Lawatan tapak: Tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kontraktor adalah digalakkan membuat lawatan tapak sendiri.
Tarikh tutup sebutharga:
📅 16 Julai 2026 (Khamis)
🕛 12.00 tengah hari
Dokumen sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan menyatakan nombor sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga, Majlis Daerah Tanah Merah sebelum tarikh dan masa tutup.
Majlis Daerah Tanah Merah tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. Hanya petender yang berjaya akan dimaklumkan.
Gambar iklan tidak dipaparkan kerana mengandungi maklumat peribadi. Dokumen sebut harga boleh didapati di pejabat Majlis Daerah Tanah Merah.