Iklan Tawaran Sebutharga Majlis Daerah Tanah Merah

Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) mempelawa kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB Negeri Kelantan serta mempunyai PPK, STB, SPKK, berdaftar dengan MDTM dan masih sah pendaftarannya untuk menyertai sebutharga berikut:

🏢 Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan Serbaguna Menempatkan Perpustakaan Desa, Galeri dan Pusat Sumber Sejarah serta Surau Merangkap Dewan Komuniti di Guillemard View @ Kusial, Tanah Merah, Kelantan.

🔖 No. Sebutharga: MDTM/P/1132 SH 26/01
📌 Gred/Kategori: G2 (B04, CE21)

📅 Pengambilan Dokumen: 10 Jun 2026 – 16 Jun 2026
📍 Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah
💰 Harga Dokumen: RM60.00 senaskhah

📌 Lawatan tapak tidak diwajibkan, namun kontraktor digalakkan membuat lawatan tapak sendiri.

Borang Penyertaan Sebutharga hendaklah diambil selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh tutup.

Majlis Daerah Tanah Merah tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran yang dikemukakan.

Lihat di Facebook