Iklan Tawaran Sebutharga Majlis Daerah Tanah Merah

Majlis Daerah Tanah Merah mempelawa kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB Negeri Kelantan serta mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), berdaftar dengan Majlis Daerah Tanah Merah dan mempunyai jenis pendaftaran yang berkaitan untuk menyertai tawaran sebutharga berikut:

1️⃣ MDTM/P/505-05-1 SH 26/04
Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang di Taman Sinaran, Tanah Merah, Kelantan

Taraf Syarikat: Bumiputera
Gred: G1
Kategori & Pengkhususan: CE34, CE21

2️⃣ MDTM/P/505-05-1 SH 26/05
Kerja-Kerja Menaiktaraf Pasar Besar Tanah Merah, Tanah Merah, Kelantan

Taraf Syarikat: Bumiputera
Gred: G1
Kategori & Pengkhususan: B04, CE21

3️⃣ MDTM/P/505-05-1 SH 26/06
Kerja-Kerja Membina dan Menyiapkan Laluan Pejalan Kaki dan Landskap di Kampung Kubang Gali, Tanah Merah, Kelantan

Taraf Syarikat: Bumiputera
Gred: G1
Kategori & Pengkhususan: CE14, CE21

📅 Tempoh Pengambilan Dokumen Sebutharga
10 Jun 2026 hingga 16 Jun 2026

📍 Tempat Pengambilan Dokumen
Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah

🕘 Waktu Pengambilan Dokumen

Ahad hingga Rabu
• 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
• 2.15 petang – 4.00 petang

Khamis
• 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
• 2.15 petang – 3.00 petang

📌 Makluman Penting
Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Walau bagaimanapun, kontraktor adalah dinasihatkan untuk membuat lawatan tapak sendiri bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai skop dan keadaan tapak projek.

Kontraktor yang berminat hendaklah memastikan semua sijil pendaftaran dan dokumen berkaitan masih sah serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Majlis Daerah Tanah Merah
“Perkhidmatan Cemerlang, Masyarakat Gemilang”

#MajlisDaerahTanahMerah #MDTM #SebuthargaMDTM #TawaranSebutharga #KontraktorBumiputera #CIDBKelantan #TanahMerah #Kelantan

Lihat di Facebook