Berita baik untuk para usahawan dan peniaga di luar sana! Majlis Daerah Tanah Merah kini membuka tawaran pajakan bagi 9 Unit Kiosk yang terletak di Medan Selera Jalan Tasek.
Ini adalah peluang keemasan untuk anda memulakan atau mengembangkan perniagaan anda di lokasi yang berpotensi tinggi dalam bandar Tanah Merah.
Sekiranya anda berminat, sila hantar Surat Cadangan (Proposal) perniagaan anda kepada pihak MDTM. Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut, sila hubungi UNIT SEWAAN MDTM di talian 0139636026.
Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang sedang mencari tapak perniagaan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MajlisDaerahTanahMerah
#Pajakankiosk
#MedanSeleraJalanTasek
#tanahmerah