Tawaran Semula Membekal Pakaian Seragam Kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah

Tawaran ini dipelawa kepada tukang jahit untuk membekal pakaian seragam kepada kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah bagi tahun 2027.

Keterangan mengenai pakaian seragam yang dimaksudkan adalah sebagaimana borang berkembar, warna dan contoh kain boleh dilihat di Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah.

Majlis Daerah Tanah Merah tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran pun.

Kepada yang berminat sila hantar borang kepada YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH TANAH MERAH tidak lewat pada 29 Oktober 2026 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang berlakri dan ditanda sebutharga Pakaian Seragam di sebelah kiri.

Sekian, terima kasih.

Lihat di Facebook