SHAH ALAM, 29 OKTOBER 2026 (KHAMIS) – Majlis Daerah Tanah Merah melakar satu lagi kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Anugerah Emas Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 sempena Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Pengiktirafan ini diberikan menerusi inisiatif “Meningkatkan Kecekapan Proses Pembaharuan Lesen Perniagaan Melalui Urusan Tanpa Kaunter”, yang mencerminkan komitmen MDTM dalam mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, khususnya golongan peniaga dan komuniti setempat.
Pelaksanaan inisiatif ini merupakan langkah proaktif MDTM dalam mendukung agenda pendigitalan perkhidmatan awam melalui penambahbaikan proses kerja dan penyediaan urusan yang lebih mudah, cekap serta mesra pelanggan.
Kejayaan ini turut membuktikan kesungguhan MDTM dalam melaksanakan transformasi perkhidmatan secara berterusan bagi mengurangkan kerenah birokrasi, meningkatkan produktiviti serta memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Perbadanan Produktiviti Malaysia - Wilayah Pantai Timur
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM
#MajlisDaerahTanahMerah #AnugerahEmasRKB2026 #ReformasiKerenahBirokrasi
#MPC
#TransformasiPerkhidmatanAwam #pendigitalanperkhidmatan